Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Skuad Cakna Rakyat (PKR) seolah-olah ingin mendahulu mahkamah tinggi Kuala Lumpur sama ada ADUN Kota Siputeh masih lagi ADUN atau pun sebaliknya.Speaker DUN Kedah, Datuk Dr Abdul Isa Ismail ketika dihubungi berkata, pihaknya tetap tidak mengiktiraf Abu Hassan sebagai ADUN Kota Siputeh, dan keputusan itu menyebabkan beliau tidak boleh hadir Sidang DUN 17 November ini. “Buat sementara ini, saya tetap dengan pendirian saya yang tidak mengiktiraf beliau sebagai ADUN Kota Siputeh kerana melanggar peraturan Dewan yang termaktub dalam Artikel 51, Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah,” katanya. Berikutan itu juga, surat pembatalan panggilan ke mesyuarat DUN telah dihantar kepada Abu Hassan beberapa hari lalu, kerana beliau dianggap tidak layak menghadiri persidangan itu."
Ini lah dia pembangkang , yang suka mendahului undang-uandang dan membuat andaian sendiri serta membelakangkan sistem perudangan Malaysia. SPR belum lagi habis semak , Mahkamah belum lagi mengistiharkan apa-apa dah tak benarkan ADUN Kota Siputeh untuk menghadiri Sidang DUN Kedah pada 17 November 2009 ini. Seharusnya Speaker Radio tu benarkan lah datuk Dr.Abu Hasan menghadiri Sidang DUN Kedah tersebut , Sedangkan mahkamah masih belum lagi membuat keputusan sama ada Abu Hasan masih lagi ADUN Kota Siputeh atau sebalinya.
0 comments:
Post a Comment