Kes liwat Anwar Ibrahim pada tahun 1998 mendapat liputan yang meluas diserata dunia. Pada awalnya JEBAT melihat Al-Jazera , CNN , dan pelbagai lagi Media yang mengambil perhatian mengenai kes liwat bekas Timbalan Perdana Menteri itu. Namun apa yang memeranjatkan lagi ada pihak yang memanggil Anwar Ibrahim untuk diwawancara secara live untuk menceritakan bagaimanakah perkemabangan Kes liwatnya termasuk la Negara Indonesia. Jika dilihat kembali sejarah penubuhan Parti Keadilan Rakyat ianya bermula apabila bekas tim.Perdana menteri itu ditangkap diatas beberapa tuduhan keatas beliau yang membawa slogan "REFORMASI" yang menuntut Keadilan pembelaan terhadap Anwar Ibrahim pada ketika itu. Namun setelah 11 tahun berlalu , maka wujud lah pula sebuah parti Politik yang menentang dasar-dasar kerajaan iaitu Parti KeAdilan Rakyat (PKR). Dan pada hari ini 2009 pelbagai tohmahan yang dilemparkan kepada Anwar Ibrahim , ada yang menyifatkan bahawa Anwar Ibrahim di aniaya oleh Tun Mahathir , ada juga yang berpendapat bahawa Anwar Ibrahim adalah pembawa fahaman KOMUNIS di Malaysia malah ada juga yang menyifatkan bahawa Anwar Ibrahim adalah Perosak Bangsa. Namun demikian setelah pelbagai usaha yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim sehingga ke hari ini , kini beliau telah pun berada didalam Parlimen semula kononya akan tetap berjuang demi membela nasib rakyat dengan pelbagai manifesto yang dibawanya sewaktu pilihanraya umum 12. Anatara manifestonya adalah untuk menurunkan harga minyak , dan yang paling menggemparkan adalah ingin mewujudkan kerajaan baru pada 16 september tahun lalu. Jebat melihat angan-angan tersebut tidak tercapai lagi sehingga ke hari ini. Bagi JEBAT ianya hanya Rektorik Anwar Ibrahim untuk mendapatkan perhatian UMUM agar dirinya dilihat sebagai pembela nasib rakyat yang sebenar di Malaysia.
NAH KALAU AKU BOHONG..........
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment